? ??????????????A Thousand Words? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??21 Grabs Today. 2465 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Never Let Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (49 Ratings)??17 Grabs Today. 11047 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????2?? ???????????? ????Easy Install Instruction CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday 5 April 2009

Minggu ke-8

Pergi Ke Rumah Anak-anak Yatim Sekendi Sabak BernamKumpulan kami telah buat perancangan untuk pergi ke Rumah Anak-anak Yatim Kg. Sekendi kat Sabak Bernam bersama kumpulan Single is Better..tarikh yang kami pilih ialah 7hb Mac 2009.. fisrt meeting kami buat kat cafe KTDI..masa meeting ini kami telah membuat perbincangan tentang makanan, pengankutan dan aktiviti yang kita akan lakukan nanti. Mula-mula kita membuat perbincangan tentang menu yang akan kami makan nanti..sarapan kami akan buat roti sandwich untuk anak-anak yatim dan kami bincang tentang pengangkutan..pengankutan memang ada sedikit masalah coz hanya 2 orang je ada lesen kereta dan kami kekurangan kereta untuk ke sana.. kami rancang bertolak sehari awal kerana memikirkan perjalanan yang agak jauh.. kami bercadang bermalam di umah keluarga ahli kumpulan kami iaitu umah Ijam dan umah mak cik Lela..selepas tu kami bincang pasal aktivit plak..aktiviti yang kami rancang ialah gotong royong dan senamrobik sebelah pagi..sesi taakruf (suai kenal), aktiviti ldk.sembahyang berjemaah..sukaneka dan balik. Selepas itu kami mula buat kertas kerja untuk dihantar kepada dr. dan timbalan dekan.. Kami telah membuat perjumpaan dengan dr. pada ari kamis untuk menunjukkan kertas kerja yang telah kami lakukan.. semasa berjumpa dengan dr. kami menerangkan serba sedikit mengenai aktivit-aktiviti yang akan kami lakukan. 6 Mac 2009Pada hari jumaat, kami dapat tahu kertas kerja kami tidak diluluskan oleh timbalan dekan..kami telah berjumpa dengan dr untuk mendapatkan kepastian. Selepas berbincang kami nekad unutk meneruskan rancangan kami untuk ke rumah anak yatim. Selepas itu, aku pulang ke kolej untuk bersiap ke Sabak Bernam pada pukul 5 petang. Sebab perjalanan yang jauh, kami kelaparan. Heheehe.Kami sampai di Sabak Bernam dalam pukul 9++mlm. Sebaik sahaja sampai kami dihidang dengan makan malam oleh mak Ijam. Kami yang memang lapar mula menikmati hidanga yang disediakan iaitu tom yam ayam, ayam goreng dan air sirap. Terima kasih mak cik susah-susah je. Hehehehe. Aku makan sepinggan je. Tapi ada antara mereka bertambah dua pinggan. Tak pe aku faham korang lapar kan. Hehehehe. Lepas makan, kami berkemas dan mula membuat persedian untuk memasak ari esok. Kami kupas bawang, lada dan membasuh ayam. Selepas kerja tersebut selesai, kami berangkat ke umah mak cik Lela untuk menumpang tidur. Kami memang dah letih dan mengantuk keran perjalanan yang jauh. Sampai umah mak cik Lela, kami terus membersihkan diri dan tidur.. Keesokannya aku bangun pukul 6 pagi. Kami buat sandwich untuk sarapan anak-anak yatim tersebut. selepas siap buat sandwich kami siap sedia untuk memasak makanan tengahari pula. Pastu siap kami bertolak ke rumah anak yatim tersebut. kami telah buat aktiviti-aktiviti seperti;1- Gotong royong2- Sesi taakruf3- Aktiviti ldk4- Sukaneka5- Solat berjemaahKami bertolak pulang pukul 6 petang. Tapi kereta aku naik tayar pecah, so kena naik bas blik upm. Nasib bek ada tket bas..kami sampai upm kul 11 malam. Memang penat. Lepas mandi dan solat aku terus tidur.

0 ulasan: