Menurut Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif, Penulisan yang berkesan bergantung juga kepada ayat yang berkesan. Oleh itu, pastikan bahawa kita perlu menggunakan ayat yang berkesan dalam sesebuah penulisan. Apa yang dikatakan ayat yang erkesan ialah ayat yang dapat menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas dan tidak menimbulan kesulitan pemahaman kepada pembaca. Hal ini juga dapat di kaitkan dengan takrif ayat yang di kemukakan oleh ahli tatabahasa tradisional, iaitu bentuk bahasa yang mengandungi fikiran yang lengkap. Apa yang perlu ada bagi menghasikan ayat yang berkesan ialah kesatuan gagasan, kepaduan, penekanan, kepelbagaian, kesejajaran dan penalaran.
Manakala ayat yang tidak sempurna baik dari segi bentuknya mahupun maknanya, dengan sendirinya ayat yang tidak berkesan. Ayat yang tidak dapat menyatakan sesuatu buah fikiran ayau maklumat secara berkesan dengan sendirinya pula menghasilkan penulisan yang tidak berkesan. Oleh sebab itu, jika kita ingin menjadi seorang penulis yang berjaya pertama sekali kita perlu menguasai selok-belok pembinaan ang yang berkesan.
Sunday, 5 April 2009
BAGAIMANA UNTUK MEMBINA AYAT YANG BERKESAN DALAM PENULISAN?
Dicatat oleh Musdizal bin Musa di 09:57
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment