? ??????????????A Thousand Words? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??21 Grabs Today. 2465 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Never Let Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (49 Ratings)??17 Grabs Today. 11047 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????2?? ???????????? ????Easy Install Instruction CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday 5 April 2009

Minggu 1

Pada minggu pertama bermula kuliah, aku tidak sabar untuk ke kelas bahasa dalam bahasa dalam multimedia …bukan apa, aku nak tahu apa isi kandungannya yang di ajar..sebab masa aku sem lima, aku tak blh nak ambik subjek ni... Tetapi di sebalik tu rasa juga takut sebab kawan-kawan aku cakap dr yang ajar subjek ni garang..tapi aku tak kisah pasal itu semua, aku dah biasa dengan keadaan macam ni.. lagipun aku nak tahu sangat pasal subjek nie..sebab bila tengok aje kelendar yang di buat oleh kawan-kawan aku, rasa nak buat juga. Mungkin melalui kelas ini, dapat juga aku buat kalendar macam kawan-kawan aku buat dan dapat memberi pengalaman baru pada aku.
Masa kelas pertama subjek ini, aku tunggu Dr. Arbei kerana dia yang akan mengantikan Dr.Normahdiah. Aku duduk di barisan belakang seperti kelas-kelas yang lain, lagipun ramai sangat orang..tiba-tiba yang di sangka tidak datang, sebaliknya Dr. Normaliza datang... rupa-rupanya Dr. Normaliza dan Dr. Arbaei mengajar bersama untuk kelas aku ini. Kelas kumpulan satu dan dua bergabung sebab kelas kumpulan dua tak ramai pelajar. Semasa kelas pertama, terkejut jugak aku mungkin betul apa yang di katakan oleh kawan-kawan. Dr Normaliza ni tegas, tapi aku selesa kalau dia bersikap macam ni. Antara perkara yang ditekankan oleh Dr. Normaliza iaitu;1- Jangan datang lewat.2- Jangan pkai selipar ke kelas.3- Kalau sorang ahli kumpulan tak datang, maka markah kumpulan akan
dipotong.4- Boleh amik gambar nota. Canggih tau.Kami juga mempunyai tutorial pada hari rabu dan kamis. Aku pilih hari khamis 8 mlm. Dalam tutorial kami kaan diajar untuk membuat slide show menggunakan power point, kalendar guna adobe photoshop..hebat tau. Hehehe, membuat laman web dan akhir sekali kami kena buat blog sendiri. Selain itu, kami kena buat kumpulan yang ada enam orang dalam setiap kumpulan, kami punya kumpulan tak cukup sorang lagi. Kami pun mempromosikan kumpulan kami kepada sesiapa yang berminat. Dr pesan bawa mounting board hitam, gunting, majalah terpakai, puncher dan gam uhu stick serta reben ½ meter. Kami fikir-fikir apa yang dr. suruh kami buat dengan barang tersebut. Selepas itu, awal-awal lagi kumpulan kami beli barang tersebut.hehehe.

0 ulasan: