Menurut Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif bahasa merupakan alat atau senjata komunikasi, baik dalam komunikasi lisan mahupun dalam kominikasi tulisan. Oleh itu, penguasaan sistem bahasa amat penting kerana setiap unit bahasa yang kita gunakan, sama ada kata, frasa, klausa mahupun ayat ada sistemnya. Bagaimana kata di sebut pun ada sistemnya. Demikian juga halnya dengan bagaimana kata itu dieja atau ditulis..
Beliau berkata dalam sesebuah penulisan, kita perlulah berhati-hati untuk memilih kata yang betul-betul tepat yang hendak di sampaikan. Ini kerana kata ada binaan atau strukturnya tersendiri. Ada kata tungal, kata terbitan, kata ganda, dan juga kata majmuk. Setiap satu binaan kata itu ada sistem atau aturanya masing-masing. Ayat pun ada binaan atau strukturnya. Selain itu, penguasaan sistem bahasa juga penting kerana bahasa tulisan lazimnya perlu lebih teratur daripada bahasa lisan. Dalam bahasa lisan, komunikasi kita dapat di bantu oleh bahasa badan seperti mimik muka dan pergerakan anggota badan sehingga bahasa verbal ( bahasa yang berasaskan penggunaan alat pertuturan) tidak sepenuh-penuhnya dominan.
Dalam penulisan ini, orang tidak dapat melihat bahasa badan kita, segala galanya mesti di tunjukkan dalam bentuk penyataan maklumat atau mesej yang penuh dan lengkap, iaitu dengan menggunakan bahasa yang teratur.
Sunday, 5 April 2009
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN UMUN DALAM PENULISAN?
Dicatat oleh Musdizal bin Musa di 10:01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment