? ??????????????A Thousand Words? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??21 Grabs Today. 2465 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Never Let Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (49 Ratings)??17 Grabs Today. 11047 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????2?? ???????????? ????Easy Install Instruction CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday 8 April 2009

KENALI AKU....!!!



Assalamualaikum w.b.t...

Nama di beri Musdizal bin Musa. Nama panggilan pula ialah peja@pokta. Saya berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), negeri yang penuh dengan harta kekayaan budaya warisan yang tersendiri. Saya merupakan anak ke dua daripada tujuh orang adik beradik dan lahir di Pahang. Umur saya linkungan 23 tahun dan masih menuntut di tahun akhir jurusan Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Kedua Ibu bapa saya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Hobi saya ialah Memancing, berenang dang bermain bola sepak.

HIASAN SERI LANGKAH PEMBUKA , SEKAPUR SIREH SECANGKIR KATA

Saya ingin menyatakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya , dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Bagi pihak saya, subjek Bahasa Dalam Multimedia banyak memberi pendedahan kepada saya dalam menghasilkan laman web dan juga penghasilan blok. Blog yang saya hasilkan ini memerlukan banyak bantuan dan bimbingan dari pihak-pihak yang tertentu, terutamanya daripada pensyarah saya itu sendiri, Dr.Normaliza dan juga Cik Alia yang banyak memberi dorongan bimbingan supaya saya menjadi lebih yakin untuk menyiapakan tugasan saya ini. Tugasan yang diberikan oleh Cik Alia berbentuk ‘wawancara’ lebih banyak mengajar saya berdikari dalam melakukan sesuatu tugasan.
Selain itu, tidak lupa juga pada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang jitu walaupun mereka berada berada berjauhan tetapi dorangan yang meraka berikan itu dapat mengcekalkan lagi hati saya supaya lebih berusaha. Selain itu juga, saya amat berterima kasih kepada Prof madya, Ahmad Mahmood Musanif selaku penasihat akademik kerana sudi meluangkan banyak masa bagi menyiapkan tugasan saya ini.
Akhir kata, saya berharap Cik Alia dapat menilai tugasan saya ini dengan sewajarnya. Jikalau sekiranya ada secebis kesalahan dalam tugasan saya ini, harap puan dapat memimpin dan mendidik saya dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti..Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin kearah mengekalkan kecemerlangan dan keunggulan Fakulti, khususnya dalam dalam melahirkan penulis yang berjaya.

SEKIAN…..

TENTANG DIRI BELIAU...



Bagi pembuka gelanggan bicara..sungguh indah jikalau kita hiasi kata-kata dengan “BISMILAHHIRAHMANIRAHIM”



Nama di beri Ahmad Mahmood Musanif dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1961 dan merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik.Beliau mula mendapat pendidikan rasmi di Sekolah Kebangsaan Sri Ladang, Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun 1968 hingga 1973. Kemudian melanjut pelajaran ke High School Batu Pahat, Johor pada tahun 1974-1981.Setelah tamat sekolah tinggi, beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 sehingga 1985 ketika berusia 21 tahun. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik di Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Seterusnya, pada tahun 1985 sehingga 1989, beliau meneruskan pengajian Sarjana atau Master dalam bidang Semantik
di UM.Pada tahun 1995-1999, beliau telah meningkatkan pengajiannya dengan mengambil Doktor Falsafah atau PHD dalam bidang Analisis Wacana di UM.Sehingga kini, Prof Madya Ahmad Mahmood Musanif menjadi tenaga pengajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia bermula daripada tahun 1990 lagi

HASIL PENULISAN BELIAU....







Sunday 5 April 2009

BIMBINGAN KETIKA MENULIS

Disamping itu juga, beliau juga mendapat bimbingan daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) itu pun sudah lewat iaitu semasa beliau berumur 21 tahun. Bukan itu sahaja ,beliau juga mendapat mendapat pendidikan awal daripada Fiasal Tehrani….beliau menyatakan kata-kata semangat yang yang diberikan. Fiasal Tehrani yang dapat mengcetuskan semangat “kata-kata Carlos Fuentes, mestipun kata-kata itu membawa sesetengah orang, bahawa penulis menpunyai tanggungjawab untuk menunjukkan bahasa punya kelebihan tertentu dalam menentukan arah sejarah masa depan. Kata Fuentes betul-betul-betul, “saya fakir tanggungjawab sebenar seorang penulis terhadap masyarakat adalah meletakkan kekuatan Imaginasi dan kemanpuan komunikasi bahasanya. Kita punyai tanggungjawab melalui bahasa kerana bahasa terus menerus direndahkan. “Saya kira penulis-penulis “besar”ini menunjukkan kebolehan yang luar biasa.”

CABARAN KETIKA MENULIS

Prof Madya Dr.Ahmad Mahmood Musanif merupakan seorang penulis buku yang matang diusia muda.. ‘tafsiran saya’, kata beliau untuk membuat sesuatu bukannya kerja yang senang dan mudah...itulah kata-kata pertama yang dilemparkankan oleh beliau iaitu seorang pakar dalam bidang semantik yang berbakat dan masih menjadi tenaga pengajar di Jabatan bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Beliau berkata, untuk menghasilakan sesebuah penulisan atau buku kita jangan mudah berpuas hati dengan sesuatu penulisan yang sudah siap dicipta. Menurut beliua, penulisan yang dihasilkanya banyak berdasarkan kepada pengalaman belajar dan hasil pembacaan. Sebagai contoh, dalam penulisan ”Kamus Pelajar Terkini”. Dalam penulisan kamus ini, beliau perlu mengambil masa selama empat jam sehari dan mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkanya.
Beliau juga menyatakan dalam menghasilkan sesebuah penulisan atau buku sama ada sama ada buku ilmiah, kamus ataupun jurnal, jangan sesekali kita menggunakan bahasa yang susah di fahami tetapi bahasa yang kita gunakan itu mestilah padat dan sesuai dengan pembaca sasaran. Dengan bahasa yang baik, merupakan salah satu cara bagi menarik penerbit dan para pembaca. Apabila menceritakan tentang bahasa dalam penulisan, beliau banyak mempunyai pengalaman yang dapat kita kongsi bersama yang boleh dikatakan kenangan pahit dalam suka “katanya”, pada ketika itu usia beliau masih dalam lingkungan belasan tahun , cabaranya dalam memahami bahasa itu amat sukar.
Tetapi atas minat yang mendalam terhadap bahasa, beliau tidak berputus asa sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk menulis

PANDANGAN BELIAU TERHADAP PENULISAN

Dalam menghasilkan karya tegasnya kita harus mencipta sesesuatu yang luar biasa tetapi seluar biasa manapun yang penting keindahan bahasa dan cara penyampaian tidak diabaikan sama sekali, terutamanya dalam menghasilkan buku..
Beliau menyatakan walaupun bahasa dalam sesebuah penulisan itu ringkas tetapi maknanya sangat mendalam sekiranya pembaca itu faham. Kata beliau lagi, dalam menghasilkan buku, cabarannya boleh dikatakan amat mencabar kerana memerlukan penghayatan yang mendalam tentang bahasa yang digunakan dan memerlukan ruangan masa yang cukup sekiranya untuk menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Mengikut pengalaman beliau dalam menghasilkan sebuah buku memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya..katanya. penggumpulan-penggumpulan maklumat yang hendak di tulis memerlukan kerana ingin menghasilkan penulisan yang baik.
Disamping itu, katanya walaupun perkara yang yang kita lakukan atas bumi Allah ini semuanya ada cabaran, itu terpulang lah kepada diri sendiri untuk menempuh cabaran tersebut….sekiranya cabaran yang ditempuh itu dengan hati yang lurus dan dengan berbekalkan segemgam minat yang tersemat dalam diri pasti cabaran itu berjaya ditempuh dengan jayanya…kata-kata selingan beliau seketika…mungkin hujah beliau tadi dapat menambah semagat saya dalam berkarya.. Kata beliau lagi dalam menghasilkan karya perlu menpunyai semangat dan minat, perkara ini saling berkait rapat bagi mencetuskan sebuah karya yang berkualiti..mengikut pengalaman beliau semagat yang datang dalam diri beliau yang pertama kali untuk menghasilkan karya ialah selepas menbaca karya orang.. selepas menbaca karya tersebut beliau berfikir sendirian, dan kata-kata ‘Mengapa aku baca karya orang?, tidak mampukah aku membaca karya aku sendiri?’sering bermain di kotak fikiran beliau ….katanya. Sejak dari detik itulah perasaan minat dan semangat menceburi dalam bidang penulisan.