Saya ingin menyatakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya , dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Bagi pihak saya, subjek Bahasa Dalam Multimedia banyak memberi pendedahan kepada saya dalam menghasilkan laman web dan juga penghasilan blok. Blog yang saya hasilkan ini memerlukan banyak bantuan dan bimbingan dari pihak-pihak yang tertentu, terutamanya daripada pensyarah saya itu sendiri, Dr.Normaliza dan juga Cik Alia yang banyak memberi dorongan bimbingan supaya saya menjadi lebih yakin untuk menyiapakan tugasan saya ini. Tugasan yang diberikan oleh Cik Alia berbentuk ‘wawancara’ lebih banyak mengajar saya berdikari dalam melakukan sesuatu tugasan.
Selain itu, tidak lupa juga pada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang jitu walaupun mereka berada berada berjauhan tetapi dorangan yang meraka berikan itu dapat mengcekalkan lagi hati saya supaya lebih berusaha. Selain itu juga, saya amat berterima kasih kepada Prof madya, Ahmad Mahmood Musanif selaku penasihat akademik kerana sudi meluangkan banyak masa bagi menyiapkan tugasan saya ini.
Akhir kata, saya berharap Cik Alia dapat menilai tugasan saya ini dengan sewajarnya. Jikalau sekiranya ada secebis kesalahan dalam tugasan saya ini, harap puan dapat memimpin dan mendidik saya dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti..Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin kearah mengekalkan kecemerlangan dan keunggulan Fakulti, khususnya dalam dalam melahirkan penulis yang berjaya.
SEKIAN…..
Wednesday, 8 April 2009
HIASAN SERI LANGKAH PEMBUKA , SEKAPUR SIREH SECANGKIR KATA
Dicatat oleh Musdizal bin Musa di 04:50
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment