? ??????????????A Thousand Words? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??21 Grabs Today. 2465 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Never Let Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (49 Ratings)??17 Grabs Today. 11047 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????2?? ???????????? ????Easy Install Instruction CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday 8 April 2009

KENALI AKU....!!!



Assalamualaikum w.b.t...

Nama di beri Musdizal bin Musa. Nama panggilan pula ialah peja@pokta. Saya berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), negeri yang penuh dengan harta kekayaan budaya warisan yang tersendiri. Saya merupakan anak ke dua daripada tujuh orang adik beradik dan lahir di Pahang. Umur saya linkungan 23 tahun dan masih menuntut di tahun akhir jurusan Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Kedua Ibu bapa saya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Hobi saya ialah Memancing, berenang dang bermain bola sepak.

HIASAN SERI LANGKAH PEMBUKA , SEKAPUR SIREH SECANGKIR KATA

Saya ingin menyatakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya , dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Bagi pihak saya, subjek Bahasa Dalam Multimedia banyak memberi pendedahan kepada saya dalam menghasilkan laman web dan juga penghasilan blok. Blog yang saya hasilkan ini memerlukan banyak bantuan dan bimbingan dari pihak-pihak yang tertentu, terutamanya daripada pensyarah saya itu sendiri, Dr.Normaliza dan juga Cik Alia yang banyak memberi dorongan bimbingan supaya saya menjadi lebih yakin untuk menyiapakan tugasan saya ini. Tugasan yang diberikan oleh Cik Alia berbentuk ‘wawancara’ lebih banyak mengajar saya berdikari dalam melakukan sesuatu tugasan.
Selain itu, tidak lupa juga pada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang jitu walaupun mereka berada berada berjauhan tetapi dorangan yang meraka berikan itu dapat mengcekalkan lagi hati saya supaya lebih berusaha. Selain itu juga, saya amat berterima kasih kepada Prof madya, Ahmad Mahmood Musanif selaku penasihat akademik kerana sudi meluangkan banyak masa bagi menyiapkan tugasan saya ini.
Akhir kata, saya berharap Cik Alia dapat menilai tugasan saya ini dengan sewajarnya. Jikalau sekiranya ada secebis kesalahan dalam tugasan saya ini, harap puan dapat memimpin dan mendidik saya dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti..Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin kearah mengekalkan kecemerlangan dan keunggulan Fakulti, khususnya dalam dalam melahirkan penulis yang berjaya.

SEKIAN…..

TENTANG DIRI BELIAU...



Bagi pembuka gelanggan bicara..sungguh indah jikalau kita hiasi kata-kata dengan “BISMILAHHIRAHMANIRAHIM”



Nama di beri Ahmad Mahmood Musanif dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1961 dan merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik.Beliau mula mendapat pendidikan rasmi di Sekolah Kebangsaan Sri Ladang, Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun 1968 hingga 1973. Kemudian melanjut pelajaran ke High School Batu Pahat, Johor pada tahun 1974-1981.Setelah tamat sekolah tinggi, beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 sehingga 1985 ketika berusia 21 tahun. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik di Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Seterusnya, pada tahun 1985 sehingga 1989, beliau meneruskan pengajian Sarjana atau Master dalam bidang Semantik
di UM.Pada tahun 1995-1999, beliau telah meningkatkan pengajiannya dengan mengambil Doktor Falsafah atau PHD dalam bidang Analisis Wacana di UM.Sehingga kini, Prof Madya Ahmad Mahmood Musanif menjadi tenaga pengajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia bermula daripada tahun 1990 lagi

HASIL PENULISAN BELIAU....







Sunday 5 April 2009

BIMBINGAN KETIKA MENULIS

Disamping itu juga, beliau juga mendapat bimbingan daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) itu pun sudah lewat iaitu semasa beliau berumur 21 tahun. Bukan itu sahaja ,beliau juga mendapat mendapat pendidikan awal daripada Fiasal Tehrani….beliau menyatakan kata-kata semangat yang yang diberikan. Fiasal Tehrani yang dapat mengcetuskan semangat “kata-kata Carlos Fuentes, mestipun kata-kata itu membawa sesetengah orang, bahawa penulis menpunyai tanggungjawab untuk menunjukkan bahasa punya kelebihan tertentu dalam menentukan arah sejarah masa depan. Kata Fuentes betul-betul-betul, “saya fakir tanggungjawab sebenar seorang penulis terhadap masyarakat adalah meletakkan kekuatan Imaginasi dan kemanpuan komunikasi bahasanya. Kita punyai tanggungjawab melalui bahasa kerana bahasa terus menerus direndahkan. “Saya kira penulis-penulis “besar”ini menunjukkan kebolehan yang luar biasa.”

CABARAN KETIKA MENULIS

Prof Madya Dr.Ahmad Mahmood Musanif merupakan seorang penulis buku yang matang diusia muda.. ‘tafsiran saya’, kata beliau untuk membuat sesuatu bukannya kerja yang senang dan mudah...itulah kata-kata pertama yang dilemparkankan oleh beliau iaitu seorang pakar dalam bidang semantik yang berbakat dan masih menjadi tenaga pengajar di Jabatan bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Beliau berkata, untuk menghasilakan sesebuah penulisan atau buku kita jangan mudah berpuas hati dengan sesuatu penulisan yang sudah siap dicipta. Menurut beliua, penulisan yang dihasilkanya banyak berdasarkan kepada pengalaman belajar dan hasil pembacaan. Sebagai contoh, dalam penulisan ”Kamus Pelajar Terkini”. Dalam penulisan kamus ini, beliau perlu mengambil masa selama empat jam sehari dan mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkanya.
Beliau juga menyatakan dalam menghasilkan sesebuah penulisan atau buku sama ada sama ada buku ilmiah, kamus ataupun jurnal, jangan sesekali kita menggunakan bahasa yang susah di fahami tetapi bahasa yang kita gunakan itu mestilah padat dan sesuai dengan pembaca sasaran. Dengan bahasa yang baik, merupakan salah satu cara bagi menarik penerbit dan para pembaca. Apabila menceritakan tentang bahasa dalam penulisan, beliau banyak mempunyai pengalaman yang dapat kita kongsi bersama yang boleh dikatakan kenangan pahit dalam suka “katanya”, pada ketika itu usia beliau masih dalam lingkungan belasan tahun , cabaranya dalam memahami bahasa itu amat sukar.
Tetapi atas minat yang mendalam terhadap bahasa, beliau tidak berputus asa sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk menulis

PANDANGAN BELIAU TERHADAP PENULISAN

Dalam menghasilkan karya tegasnya kita harus mencipta sesesuatu yang luar biasa tetapi seluar biasa manapun yang penting keindahan bahasa dan cara penyampaian tidak diabaikan sama sekali, terutamanya dalam menghasilkan buku..
Beliau menyatakan walaupun bahasa dalam sesebuah penulisan itu ringkas tetapi maknanya sangat mendalam sekiranya pembaca itu faham. Kata beliau lagi, dalam menghasilkan buku, cabarannya boleh dikatakan amat mencabar kerana memerlukan penghayatan yang mendalam tentang bahasa yang digunakan dan memerlukan ruangan masa yang cukup sekiranya untuk menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Mengikut pengalaman beliau dalam menghasilkan sebuah buku memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya..katanya. penggumpulan-penggumpulan maklumat yang hendak di tulis memerlukan kerana ingin menghasilkan penulisan yang baik.
Disamping itu, katanya walaupun perkara yang yang kita lakukan atas bumi Allah ini semuanya ada cabaran, itu terpulang lah kepada diri sendiri untuk menempuh cabaran tersebut….sekiranya cabaran yang ditempuh itu dengan hati yang lurus dan dengan berbekalkan segemgam minat yang tersemat dalam diri pasti cabaran itu berjaya ditempuh dengan jayanya…kata-kata selingan beliau seketika…mungkin hujah beliau tadi dapat menambah semagat saya dalam berkarya.. Kata beliau lagi dalam menghasilkan karya perlu menpunyai semangat dan minat, perkara ini saling berkait rapat bagi mencetuskan sebuah karya yang berkualiti..mengikut pengalaman beliau semagat yang datang dalam diri beliau yang pertama kali untuk menghasilkan karya ialah selepas menbaca karya orang.. selepas menbaca karya tersebut beliau berfikir sendirian, dan kata-kata ‘Mengapa aku baca karya orang?, tidak mampukah aku membaca karya aku sendiri?’sering bermain di kotak fikiran beliau ….katanya. Sejak dari detik itulah perasaan minat dan semangat menceburi dalam bidang penulisan.

MENGAPA ANDA MENULIS?

Bagi Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif, menulis adalah salah satu keperluan asas manusia iaitu begaimana manusia berhubung dengan manusia yang lain.Ini kerana, kehidupan manusia ditandai oleh kegiatan komunikasi. Dengan adanya komunikasi manusia dapat menyatakan kehendak, fikiran dan perasaan masing-masing dan dapat pula semua hal itu di fahami oleh orang lain. Phak lain pula dapat memberikan tanggapan , reaksi dan tindak lanjut sehingga berlaku pelbagai kegiatan dalam kehidupan manusia sebagi kesan adanya komunikasi.
Selain itu, beliua juga menyatakan bahawa dalam masyarakat yang tinggi tamadunya, komunikasi tulisan memainkan peranan yang penting, dan jauh lebih penting daripada komunikasi lisan. Sebagai contoh, pemerolehan dan penyebaran ilmu amat bergantung kepada bahan bertulis. Perjanjian, minit mensyuarat , laporan arahan, piagam, dan undang-undang memerlukan media tulisan. Dapat dikatakan bahawa sebahagian besar dokumen yang bersifat rasmi dan ilmiah perlu di rakamkam dalam bentuk komunikasi bertulis. Sehingga demikian, banyak pua bentuk komunikasi lisan yang sebenarbnya merupakan salinan bentuk komunikasi tulisan , atau sekurang-kurangnya berdasarkan kepada pola komunikasi tulisan.
Dengan ulasan lanjut dari beliau, teranglah bahawa menulis adalah satu kegiatan komunikasi yang penting. Kita menulis untuk berkomunikasi dengan pembaca tulisan kita. Ada sesuatu yang ingin kita sampaikan kepada pembaca dan kita tidak menulis semata-mata kita memang suka menulis.

MENGAPA ANDA MENULIS?

Bagi Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif, menulis adalah salah satu keperluan asas manusia iaitu begaimana manusia berhubung dengan manusia yang lain.Ini kerana, kehidupan manusia ditandai oleh kegiatan komunikasi. Dengan adanya komunikasi manusia dapat menyatakan kehendak, fikiran dan perasaan masing-masing dan dapat pula semua hal itu di fahami oleh orang lain. Phak lain pula dapat memberikan tanggapan , reaksi dan tindak lanjut sehingga berlaku pelbagai kegiatan dalam kehidupan manusia sebagi kesan adanya komunikasi.
Selain itu, beliua juga menyatakan bahawa dalam masyarakat yang tinggi tamadunya, komunikasi tulisan memainkan peranan yang penting, dan jauh lebih penting daripada komunikasi lisan. Sebagai contoh, pemerolehan dan penyebaran ilmu amat bergantung kepada bahan bertulis. Perjanjian, minit mensyuarat , laporan arahan, piagam, dan undang-undang memerlukan media tulisan. Dapat dikatakan bahawa sebahagian besar dokumen yang bersifat rasmi dan ilmiah perlu di rakamkam dalam bentuk komunikasi bertulis. Sehingga demikian, banyak pua bentuk komunikasi lisan yang sebenarbnya merupakan salinan bentuk komunikasi tulisan , atau sekurang-kurangnya berdasarkan kepada pola komunikasi tulisan.
Dengan ulasan lanjut dari beliau, teranglah bahawa menulis adalah satu kegiatan komunikasi yang penting. Kita menulis untuk berkomunikasi dengan pembaca tulisan kita. Ada sesuatu yang ingin kita sampaikan kepada pembaca dan kita tidak menulis semata-mata kita memang suka menulis.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN UMUN DALAM PENULISAN?

Menurut Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif bahasa merupakan alat atau senjata komunikasi, baik dalam komunikasi lisan mahupun dalam kominikasi tulisan. Oleh itu, penguasaan sistem bahasa amat penting kerana setiap unit bahasa yang kita gunakan, sama ada kata, frasa, klausa mahupun ayat ada sistemnya. Bagaimana kata di sebut pun ada sistemnya. Demikian juga halnya dengan bagaimana kata itu dieja atau ditulis..
Beliau berkata dalam sesebuah penulisan, kita perlulah berhati-hati untuk memilih kata yang betul-betul tepat yang hendak di sampaikan. Ini kerana kata ada binaan atau strukturnya tersendiri. Ada kata tungal, kata terbitan, kata ganda, dan juga kata majmuk. Setiap satu binaan kata itu ada sistem atau aturanya masing-masing. Ayat pun ada binaan atau strukturnya. Selain itu, penguasaan sistem bahasa juga penting kerana bahasa tulisan lazimnya perlu lebih teratur daripada bahasa lisan. Dalam bahasa lisan, komunikasi kita dapat di bantu oleh bahasa badan seperti mimik muka dan pergerakan anggota badan sehingga bahasa verbal ( bahasa yang berasaskan penggunaan alat pertuturan) tidak sepenuh-penuhnya dominan.
Dalam penulisan ini, orang tidak dapat melihat bahasa badan kita, segala galanya mesti di tunjukkan dalam bentuk penyataan maklumat atau mesej yang penuh dan lengkap, iaitu dengan menggunakan bahasa yang teratur.

BAGAIMANA UNTUK MEMBINA AYAT YANG BERKESAN DALAM PENULISAN?

Menurut Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif, Penulisan yang berkesan bergantung juga kepada ayat yang berkesan. Oleh itu, pastikan bahawa kita perlu menggunakan ayat yang berkesan dalam sesebuah penulisan. Apa yang dikatakan ayat yang erkesan ialah ayat yang dapat menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas dan tidak menimbulan kesulitan pemahaman kepada pembaca. Hal ini juga dapat di kaitkan dengan takrif ayat yang di kemukakan oleh ahli tatabahasa tradisional, iaitu bentuk bahasa yang mengandungi fikiran yang lengkap. Apa yang perlu ada bagi menghasikan ayat yang berkesan ialah kesatuan gagasan, kepaduan, penekanan, kepelbagaian, kesejajaran dan penalaran.
Manakala ayat yang tidak sempurna baik dari segi bentuknya mahupun maknanya, dengan sendirinya ayat yang tidak berkesan. Ayat yang tidak dapat menyatakan sesuatu buah fikiran ayau maklumat secara berkesan dengan sendirinya pula menghasilkan penulisan yang tidak berkesan. Oleh sebab itu, jika kita ingin menjadi seorang penulis yang berjaya pertama sekali kita perlu menguasai selok-belok pembinaan ang yang berkesan.

BAGAIMANA UNTUK MEMBINA AYAT YANG BERKESAN DALAM PENULISAN?

Penulisan yang berkesan bergantung juga kepada ayat yang berkesan. Oleh itu, pastikan bahawa kita perlu menggunakan ayat yang berkesan dalam sesebuah penulisan. Apa yang dikatakan ayat yang erkesan ialah ayat yang dapat menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas dan tidak menimbulan kesulitan pemahaman kepada pembaca. Hal ini juga dapat di kaitkan dengan takrif ayat yang di kemukakan oleh ahli tatabahasa tradisional, iaitu bentuk bahasa yang mengandungi fikiran yang lengkap. Apa yang perlu ada bagi menghasikan ayat yang berkesan ialah kesatuan gagasan, kepaduan, penekanan, kepelbagaian, kesejajaran dan penalaran.
Manakala ayat yang tidak sempurna baik dari segi bentuknya mahupun maknanya, dengan sendirinya ayat yang tidak berkesan. Ayat yang tidak dapat menyatakan sesuatu buah fikiran ayau maklumat secara berkesan dengan sendirinya pula menghasilkan penulisan yang tidak berkesan. Oleh sebab itu, jika kita ingin menjadi seorang penulis yang berjaya pertama sekali kita perlu menguasai selok-belok pembinaan ang yang berkesan.

KETIKA DAN KALIMAT

Sekilas Memori Mengenai Kelas Bahasa Dalam Multimedia.Bacalah sambil mengigat kembali memori suka duka kita……..

Minggu 1

Pada minggu pertama bermula kuliah, aku tidak sabar untuk ke kelas bahasa dalam bahasa dalam multimedia …bukan apa, aku nak tahu apa isi kandungannya yang di ajar..sebab masa aku sem lima, aku tak blh nak ambik subjek ni... Tetapi di sebalik tu rasa juga takut sebab kawan-kawan aku cakap dr yang ajar subjek ni garang..tapi aku tak kisah pasal itu semua, aku dah biasa dengan keadaan macam ni.. lagipun aku nak tahu sangat pasal subjek nie..sebab bila tengok aje kelendar yang di buat oleh kawan-kawan aku, rasa nak buat juga. Mungkin melalui kelas ini, dapat juga aku buat kalendar macam kawan-kawan aku buat dan dapat memberi pengalaman baru pada aku.
Masa kelas pertama subjek ini, aku tunggu Dr. Arbei kerana dia yang akan mengantikan Dr.Normahdiah. Aku duduk di barisan belakang seperti kelas-kelas yang lain, lagipun ramai sangat orang..tiba-tiba yang di sangka tidak datang, sebaliknya Dr. Normaliza datang... rupa-rupanya Dr. Normaliza dan Dr. Arbaei mengajar bersama untuk kelas aku ini. Kelas kumpulan satu dan dua bergabung sebab kelas kumpulan dua tak ramai pelajar. Semasa kelas pertama, terkejut jugak aku mungkin betul apa yang di katakan oleh kawan-kawan. Dr Normaliza ni tegas, tapi aku selesa kalau dia bersikap macam ni. Antara perkara yang ditekankan oleh Dr. Normaliza iaitu;1- Jangan datang lewat.2- Jangan pkai selipar ke kelas.3- Kalau sorang ahli kumpulan tak datang, maka markah kumpulan akan
dipotong.4- Boleh amik gambar nota. Canggih tau.Kami juga mempunyai tutorial pada hari rabu dan kamis. Aku pilih hari khamis 8 mlm. Dalam tutorial kami kaan diajar untuk membuat slide show menggunakan power point, kalendar guna adobe photoshop..hebat tau. Hehehe, membuat laman web dan akhir sekali kami kena buat blog sendiri. Selain itu, kami kena buat kumpulan yang ada enam orang dalam setiap kumpulan, kami punya kumpulan tak cukup sorang lagi. Kami pun mempromosikan kumpulan kami kepada sesiapa yang berminat. Dr pesan bawa mounting board hitam, gunting, majalah terpakai, puncher dan gam uhu stick serta reben ½ meter. Kami fikir-fikir apa yang dr. suruh kami buat dengan barang tersebut. Selepas itu, awal-awal lagi kumpulan kami beli barang tersebut.hehehe.

Minggu ke-2

Minggu kedua yang ditunggu-tunggukan, minggu ini aku duduk barisan pertama dan datang awal untuk masuk kelas ini tuk berebut kerusi di hadapan. Dan arini jugak kami dapat mencukupi ahli kumpulan kami dengan memberi nama Empat..patutnya nama kumpulan ini nama Enam coz ada enam orang..tapi ntah la..janji ada nama kumpulam jugak..hehehe. selepas itu, kami tunggu ketibaan dr masuk..selepas dr masuk, dr bagi arahan untuk melakukan tugasan kami yang pertama iaitu untuk melihat asas grafik. Terdapat lima asas grafik yang perlu kami lihat dalam majalah tersebut. Kami perlu memilih lima helai daripada majalah tersebut dan mengandungi lima elemen asas grafik tersebut. Asas gfafik yang perlu dilihat iaitu;1- kesesuaian2- keseimbangan3- mudah4- warna5- TeksSelepas itu, kami duduk bersila dalam kumpulan untuk membuat tugasan ini. Dan tugasan ini perlu disiapkan sebelum pukul 2 petang. Mula-mula kami memilih iklan yang ada dalam majalah tersebut yang mempunyai asas grafik tersebut...aku mendapat tugas untuk memcari huruf untuk menulis nama kumpulan dan ahli kumpulan..walaupun buat kerja ini dilihat biasa tapi agak menyeronokkan kerana enjoy. Memang seronoklah. Tapi yang tak best ye bila salah satu iklah kami tersalah tampal dan koyak sedikit, kami terpaksa mencari iklan lain yang mengandungi elemen asas grafik seperti iklan sebelum ini. Kelam kabut coz masa dah nak kul 2 petang. Bila time dah nak kul 2 lagi lah kami kelam kabut. Kelakar lah tengok aksi-aksi yang kelam kabut. Tapi yang penting memang seronok buat kerja macam nie.

Minggu ke-3

Hari ni jugak aku pilih duduk kerusi yang paling hadapan sekali, sume ahlu kumpulan kami duduk barisan depan. Hebat kan. Setiap kali kelas ini memang kami datang awal nak rebut kerusi paling depan. Bila tiba masanya Dr. Normaliza pun masuk. Pada hari ni Dr. Normaliza bagitau tentang tugasan baru untuk setiap kumpulan. Kami perlu pergi ke rumah anak yatim untuk membuat kerja amal. Hanya 2 kumpulan sahaja yang boleh pergi satu rumah anak yatim. 1- Perlu membuat aktiviti yang boleh memberi kesan kepada anak-naka yatim tersebut.2- Perlu rakam video atau amik gambar untuk buat multimedia.3- Makanan perlu disediakan sendiri.4- Tugasan perlu disiapkan sebelum minggu ke-13.5- Persembahan multimedia dalam masa 7 minit. 6- Perlu ada video dalam persembahan multimedia.7- Perlu buat kertas kerja.8- Perlu menggunakan dana sendiri atau mencari sumbangan atau tajaan.Selepas memberi keterangan Dr. mula memberi kami kuliah.. mula-mula salin nota dalam buku tapi dr. ajar cepat sangat, so kena guna kamera amik nota. Kan dr. dah pesan nota boleh mik guna kamera lagi cepat. Hehehe. Kami pun apa lagi keluarkan lah kamera-kamera kami untuk mik gambar. Takut jugak kami dibuatnya sebab lepas tue dr. nak tanya soklan bagi setiap kumpulan..huhu..takut tak dapat jawab tak dapat markah..huhu. selepas amik dr bagi lecture maka bermula lah sesi soal jawab. Berdebar sangat tau takut tak dapat jawab soklan. Tapi dah tak ingat la dapat jawab atau tak tapi yang pasti dapat jawab kot.hehehe. yang pasti memang berdebar time nak jawab soklan tue. Sebelum abis kelas dr. pesan bawa laptop minggu depan. supprise sungguh datang kelas ni. tapi tetap enjoy walaupun kadang-kadang berdebar. Heheheehe.

Minggu ke-4

Pada hari ni kami telah diingatkan supaya bawa sekurang-kurangnya 1 komputer riba untuk setiap kumpulan. Seperti biasa kumpulan kami tetap datang awal untuk mendapatkan kerusi di hadapan. Harap-harap sampai minggu ke-14 kami duduk barisan hadapan. Dr. pun masuk..jeng..jeng..jeng..hehehe. Dr. masuk dan beri keterangan apa yang perlu dibuat pada hari ini. Pada hari ni kita kena tulis karangan berdasarkan tajuk yang diberi oleh dr. huhuhu.suprise lagi....kami perlu buat;1- Karangan 8 muka surat.2- Font 123- Double spacing4- Perlu buat peta minda dulu bagi dr. tengok dulu.
Tajuk yang kami dapat ialah tentang permainan kanak-kanak berkaitan dengan multimedia.tumpuan kepada kanak-kanak 6 tahun. Apa? Nak tulis apa ea.hhuhuhuhu. kami pun mula merangka isi-isi yang nak ditulis lpas ini..lepas dan siap peta minda, kami tunjuk kat dr. dan dr. luluskan.hehhehe. kami pun bahagikan isi-isi kepada ahli kumpulan unutk ditulis. Ada kena tulis pendahuluan dan penutup. Ada yang perlu tulis isi..janji semua dapat kerja dan buat kerja. Dalam kelas ini memang mengajar kami bekerja dapat kumpulan dan takde ahli lelap pun. Lepas dah siap tulis karangan dalam buku kami pun mula menaip karangan dalam laptop. Kami telah bahagikan tugas, seorang tukang taip dan sorang lagi tukang baca. Yang lain sibuk edit-edit karangan lagi, untuk pastikan sumenye ok. Selepas siap karangan tersebut, kami perlu emelkan karangan ke emel dr. tapi bila nak emelkan karangan ke emel dr. banyak problem plak. Ada yang tak dapat emelkan karangan pada dr. nasib baik kumpulan kami tak ada problem time nak emelkan karangan.
Tutorial yang terakhr kena buat blog. Buat blog ini best jugak. Ketika dan kalimat ini juga aku akan postkn dalam blog aku nanti. Aku tahu ayat ketika dan kalimati ni mesti lintang pukang. Bak kata dr. time anta projek.. awak beljar bahasa mesti lebih terer lagi saya..hehehe. maaflah dr. kalu ketika dan kalimat ini mementingkan dr. untuk baca.Tapi yang pasti subjek ni banyak memberi banyak pengalaman kepada aku. Harap-harap apa yang telah aku belajar berguna satu hari nanti. Terima kasih dr. kerana sudi memberi ilmu dan pengalamn baru kepada saya. Kepada sesiapa yang baca ketika dan kalimat harap maaf di atas kesalahan bahasa yang digunakan dan mungkin akan membuat seseorang susah untuk memahami..

Minggu ke-5

Seperti kebiasaan kami datang awal untuk mendapatkan kerusi kegemaran kami....hehehe. memang kami suke duduk kat barisan depan sekali. Ini menunjukkan kesungguhan nak datang awal dan belajar .puji diri sendiri pulak. Minggu ni dr. bagi sedikit kuliah tentang sejarah teknologi maklumat. Sejarah ini bermula dengan telegraph, telefon, teleskop dan banyak lagi la.. sejarah ini mengikut tahun. Banyak lah perkara baru yang dipelajari. Selepas kuliah diberi seperti biasa ada sesi soal jawab. Tak ingat lah dapat jawab atau tak soklan minggu ni...he..he..he..hehehehehe. selepas sesi soal jawab, kami di kehendaki mengambil gambar untuk buat slide show.1- power point.2- masa 7 minit.3- ada simpulan bahasa @ peribahasa @ kiasan @ bidalan dan sebagainya yang
sesuai dengan gambar yang akan diambil4- 20 keping gambar yang perlu di ambil5- bukan bergambar biasa perlu buat aksi yang luar biasa. Gambar yang perlu diambil hanyalah di kawasan fakulti sahaja. Lepas tu dr. pun bagi kami kuar kelas untuk amik gambar, apa lagi sakan lah sume orang amik gambar. Memang kelakar pun ada. Tapi susah gak nak posing yang sesuai dengan peribahasa yang kami pilih. Tapi tetap amik juga gambar yang seberapa boleh. Time tue panas sangat dan lame-lame mula rasa letih.huhuhuhu. yang tak bestnye aku amik gambar baring atas rumput yang panjang. Lepas tu terus rasa tak selesa, rasa nak balik mandi plak. Merata tempat kat fakulti kami amik gambar dan macam-macam posing kami. Lepas tue kami lepak bawah pokok dan tengok gambar yang kami dah amik. Tak de yang cantik sangat, so kami buat keputusan kami pergi fakulti lain kali tuk amik gambar lagi coz kekrungan gambar. Tambahan kami dah penat keliling fakulti. Selepas sampai bilik aku terus pergi mandi coz rasa tak selesa. Dan bila tiba waktu malam badan aku rasa gatal akibat posing atas rumput tadi.huhuhu. tak okey la. Malam ini aku pergi tutorial cam biasa la.

Minggu ke-6

Hari ini tibalah masa untuk kami sume mempersembahkan slide show kami yang mengandungi gambar kami yang pelbagai aksi.hehehe. malu gak kelas tengok tue. Hehehehe. Jeng..jeng..jeng.. tayangan dimulakan. Memang agak seronok lah dapat tengok aksi-aksi member-member kelas. Memang menarik, ada posing yang kelakar dan sebagai, variasi. Minggu ni kami hanya presentkan slide show sahaja. Malam tadi ada tutorial lagi. Tak lewat datang. Hehehe.

Minggu ke-7

Minggun ni ada suprise lagi. Jeng..jeng..jeng..jneg.hehehe. minggu ni kami kena bawa kertas lukisan 5 keping, pensil warna, pensil dan stapler. Kami tak tahu kena buat apa tapi tunggu je la..jeng..jeng..jeng.. dr. suruh kami buat e-majalah. E-majalah ni berbentuk papan cerita. E-majalh ini juga perlu ada asas garfik juga iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Mula-mul kami kena cari tema untuk e-majalah kumpulan kami dan mesti berbeza dengan kumpulan lain. Fikir punya fikir kami buat tema fesyen remaja.hehehe. kertas lukisan tu kena lipat dua. Bermakna ada 20 muka surat sumenye. Perlu ada cover, iklan dan macam-macam lah. Macam majalah sebenar. Huhuhuhu. Kami kena lukis gambar dan warnakan gambar yang telah kita lukis..dah lama aku tak mewarna. Kami pun start melukis walaupun tak pandai melukis.huhuhu. selepas melukis, kami kena warna plak.huhuhu. Time mewarna memang memang best tapi kami tak cukup masa coz banyak abiskan masa time melukis.hhuhuhu. agak kecoh jugaklah time mewarna ni coz nak cepat, masa dah nak abis. Takut dr. tak terima e-majalah kami. Kami berusaha dengan jugak warna walaupun ada yang tak sempurna. Dengan dr. kami kena belajar kerja underpresure. Memang sedikit presure pun.huhuhuhu. ahkirnya dapat juga kami siapkan e-majalah kami walaupun tak sesempurna mana.huhuhu.

Minggu ke-8

Pergi Ke Rumah Anak-anak Yatim Sekendi Sabak BernamKumpulan kami telah buat perancangan untuk pergi ke Rumah Anak-anak Yatim Kg. Sekendi kat Sabak Bernam bersama kumpulan Single is Better..tarikh yang kami pilih ialah 7hb Mac 2009.. fisrt meeting kami buat kat cafe KTDI..masa meeting ini kami telah membuat perbincangan tentang makanan, pengankutan dan aktiviti yang kita akan lakukan nanti. Mula-mula kita membuat perbincangan tentang menu yang akan kami makan nanti..sarapan kami akan buat roti sandwich untuk anak-anak yatim dan kami bincang tentang pengangkutan..pengankutan memang ada sedikit masalah coz hanya 2 orang je ada lesen kereta dan kami kekurangan kereta untuk ke sana.. kami rancang bertolak sehari awal kerana memikirkan perjalanan yang agak jauh.. kami bercadang bermalam di umah keluarga ahli kumpulan kami iaitu umah Ijam dan umah mak cik Lela..selepas tu kami bincang pasal aktivit plak..aktiviti yang kami rancang ialah gotong royong dan senamrobik sebelah pagi..sesi taakruf (suai kenal), aktiviti ldk.sembahyang berjemaah..sukaneka dan balik. Selepas itu kami mula buat kertas kerja untuk dihantar kepada dr. dan timbalan dekan.. Kami telah membuat perjumpaan dengan dr. pada ari kamis untuk menunjukkan kertas kerja yang telah kami lakukan.. semasa berjumpa dengan dr. kami menerangkan serba sedikit mengenai aktivit-aktiviti yang akan kami lakukan. 6 Mac 2009Pada hari jumaat, kami dapat tahu kertas kerja kami tidak diluluskan oleh timbalan dekan..kami telah berjumpa dengan dr untuk mendapatkan kepastian. Selepas berbincang kami nekad unutk meneruskan rancangan kami untuk ke rumah anak yatim. Selepas itu, aku pulang ke kolej untuk bersiap ke Sabak Bernam pada pukul 5 petang. Sebab perjalanan yang jauh, kami kelaparan. Heheehe.Kami sampai di Sabak Bernam dalam pukul 9++mlm. Sebaik sahaja sampai kami dihidang dengan makan malam oleh mak Ijam. Kami yang memang lapar mula menikmati hidanga yang disediakan iaitu tom yam ayam, ayam goreng dan air sirap. Terima kasih mak cik susah-susah je. Hehehehe. Aku makan sepinggan je. Tapi ada antara mereka bertambah dua pinggan. Tak pe aku faham korang lapar kan. Hehehehe. Lepas makan, kami berkemas dan mula membuat persedian untuk memasak ari esok. Kami kupas bawang, lada dan membasuh ayam. Selepas kerja tersebut selesai, kami berangkat ke umah mak cik Lela untuk menumpang tidur. Kami memang dah letih dan mengantuk keran perjalanan yang jauh. Sampai umah mak cik Lela, kami terus membersihkan diri dan tidur.. Keesokannya aku bangun pukul 6 pagi. Kami buat sandwich untuk sarapan anak-anak yatim tersebut. selepas siap buat sandwich kami siap sedia untuk memasak makanan tengahari pula. Pastu siap kami bertolak ke rumah anak yatim tersebut. kami telah buat aktiviti-aktiviti seperti;1- Gotong royong2- Sesi taakruf3- Aktiviti ldk4- Sukaneka5- Solat berjemaahKami bertolak pulang pukul 6 petang. Tapi kereta aku naik tayar pecah, so kena naik bas blik upm. Nasib bek ada tket bas..kami sampai upm kul 11 malam. Memang penat. Lepas mandi dan solat aku terus tidur.

Minggu ke-9

Minggu ni kami bersua kembali dengan Dr. Normaliza coz last week dr. tak datang kelas.hehehe. minggu ini dr. cerita tentang billboard. So, tugasan minggu ni berkaitan dengan billboard. Kami kena buat kesinambungan billboard tentang produk kami. produk yang belum pernah kita dengar dan tengok. Kira produk barulah.hehehe. dr. bagi 6 keping kertas a4 untuk setiap kumpulan. Nak perlu lukis billboard untuk produk tersebut. Kami fikir punya fikir, kami punya produk ialah mandian khas untuk atlit atau pengguna yang aktif bersukan. Kami cadang untuk mengeluarkan mandian yang berlainan bentuk. Dan bentuk tersebut ada kaitan dengan sukan iatu bentuk bola sepak, bola jaring, bola ragbi, bola tenis, kayu hoki dan bulu tangkis. Mula-mula dr. tak puas hati dengan produk kami sebab ada fisrt impresion cakap perfume. So bermakna billboard kami yang bagus la. kami bercadang nak buat produ baru iatu peti sejuk tetapi dr. cakap macam almari. So, kami buat keputusan meneruskan dengan produk pertama iaitu mandian. Kelakar gak tengok lukisan aku, teruk sangatnye. Memang aku tak pandai melukis, dari kecik tak bakat melukis.hehehe. maaf la dr kalu lukisan saya buat dr. terkejut.

Saturday 4 April 2009

Minggu ke-10

Minggu ni Dr. Normaliza tak dapat hadir kuliah lagi. Tak tau kenapa. Huhuhu. Dr. Arbaei telah ganti Dr. Normaliza lagi. Arini Dr. Arbaei bagi kuliah tentang fenomena literasi multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran (p&p). Banyak juga dr. bag kuliah yang memberi kesedaran tentang kepentingan multimedia dalam p&p. Dr. juga menunjukkan contoh projek dr tentang untuk tahun 5. Agak menarik. Mungkin alat ini akan membantu minat pelajar untuk belajar.

Minggu ke- 11/12

Minggu ni kami kena presentkan persembahan multimedia time pergi umah anak-anak yatim. Untuk presentation kali ni kami menggunakan movie maker untuk membuat persembahan multimedia kumpulan kami. kami telah pergi ke umah anak yatim pada 7 Mac 2009. Kami pergi umah anak yatim dengan kumpulan “singgle is beter”..tak tahu la better or not..huahuahua.jangan marah. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang terakhir presentkan.huhuhu. tak selesai jugak lah antara tugasan akhir kami. yang tak siap lagi blog. Nanti aku cite cket pasal blog yang aku buat..hehehe.

Minggu ke-13/14

tak siap ag

Kelas Tutorial-Tugasan 1

Pada malamnya aku dah pi kelas tutorial kumpulan pertama. Cik Nurul Azima yang menjadi tutor. Untuk kelas pertama ni kami kena buat slide show guna power point, 20 slide selama 3 minit..lama tue..huhu.slide show ni tentang hal ehwal dunia. Dalam slide ini juga perlu ada asas grafik serta tak perlu letak banyak teks. Aku kena bagi pilih tajuk yang berlainan dengan orang lain. Mula-mula aku letak pasal banjir tapi lepas tu aku tukar kekejaman di Palestine. Harap-harap takde orang yang buat tajuk yang sama dengan aku. Amin. Selepas tajuk aku diluluskan oleh Cik Nurul, aku pun mula mencri gambar-gambar kat itenet untuk masukkan dalam slide. Susah jugak nak cari gambar yang cantik dan sesuai dengan tajuk. Sambil cari gambar aku mula buat slide yang pertama. Aku taip nama, no.matrik, subjek dan tajuk. Kadang-kadang time wat slide show aku sempat lagi intai orang sebelah punya slide..hehehe. bukan nak tiru tapi just nak tengok apa yang dia buat. Nak tiru pun bukan boleh coz tajuk lain-lain. Masa yang diberi untuk membuat slide show ini selama 2 minggu dan minggu ke-4, kami dah kena buat presentation untuk slide kami yang cantik-cantik tue.hehehe. satu masalah yang selalu ada time nak buat slide ialah xde gambar yang cantik-cantik dan sesuai.huhuhu. tapi memang aku bertungkus lumus la nak buat slide show ni. Tiap-tiap ari lepas bis kelas dan xde kerja aku buat slide show. Edit-edit apa yang perlu, masukkan gambar. Nak cari gambar pun dah berhari-hari lagipun wireless kat kolej bukan la kuat sangat. Bila dah tiba hari yang kena present memang berdebar. Ada jugak coursemate yang slide dorang x kuar lagu..kesian dorang.huhuhu. aku terus test kat pc coz takut jugak lagu kau tak kuar. Nasib baik lagu aku kuar.hehehe. tiba-tiba ada coursemate dia punya tajuk macam aku. Ni yang aku tak suka, tak best la tajuk sama..lagipun Cik Nurul cakap tajuk x bleh sama. Tajuk dia lain tapi content dia sama dengan aku. Terus aku rasa cam xde mood dan x best je. Tapi xpe nak buat macamane.huhuhu. alhamdullilah dah selesai present slide show. Next week masa untuk buat kalendar..memang tak sabar coz experience baru tau. Seronok lagipun tak pernah guna adobe, so lepas pandai lah. ^_^

Kelas Tutorial- Tugasan 2

Malam ini juga kami start belajar buat kalendar..wah seronoknye. Aku kena buat kalendar guna adobe photoshop..aku bagitau kawan aku, aku kena buat kalendar guna adeobe..kawan aku cakap hebat buat kalendar guna adobe..hehehe. mula-mula Cik Nurul ajar asas menggunakan adobe..mula-mula rasa susah jugak nak guna adobe coz tak penah guna adobe langsung sebelum ini.huhuhuhu. kesian aku. Ada juga untungnye amik kelas bahasa dalam multimedia ini. Banyak benda baru yang boleh belajar. First kelas aku masih terfikir-fikir lagi amik yang nak letak dalam kalendar aku ni. Aku pun mula mencari wallpaper untuk buat kalendar aku ni. Kelakar pun ada jugak coz kotak aku susun senget-senget dan aku tak tahu nak adjust. Aku pun start lah buat calendar bulan januari. Buat punya buat dah tamat kelas tutorial. Aku pun balik la. Sampai je blik aku terus buka itenet cari wallpaper untuk kalendar aku ini. Semangat nak buat kalendar.hehehe. cari dan terus mencari, aku pun dapat banyak wallpaper yang cantik untuk dijadikan background kalendar aku ni. tapi kat laptop aku tak install adobe lagi.huuhu. tak boleh buat kalendar. Next week aku dah ada tempat background kalendar iaitu hitam dan putih.hehehee. aku pun berusaha lah buat kalendar selama 4 minggu.lama tue. Ada satu minggu Cik Alia datang kelas tutorial kumpulan kami untuk tengok kami punya kalendar. Tapi aritu aku dan coursemate satu kolej datang lewat. Cik Alia dah datang, so kami kena berdiri depan kelas.huhuhu. pastu Cik Alia marah dan suruh bagi 20 alasan kenapa datang lewat..huhuhu. banyak tu 20 alasan. Tapi kami sume tidak berjaya bagi 20 alasan yang Cik Alia. Maaf ea Cik Alia. Hehehe. Lepas ½ jam kemudian Cik Alia suruh kami duduk. Terima kasih Cik Alia. Cik Alia mula membuat tinjaun ke atas kalendar kami. Takut pun ada klu kena komen ngan Cik Alia.hehehe. aku antara yang akhir ditinjau oleh Cik Alia. Huhuuhu. Sedih Cik Alia komen coz ada word kat background yang perlu dibuang. Tapi aku x tahu camne nak buat..takut sangat time tue. Takut coz tarikh nak kena hantar kalendar dah dekat. Malam tu aku tak berjaya buang word tu. Sedih jugak.huhhuhu. Keesokan arinya aku berusaha membunag word tu dan berjaya. Alhamdulillah berjaya juga. Hehehehe. Petang tue aku pi jupe Cik Nurul untuk tunjukkan kalendar sebelum dihantar cetak. Syukur sangat coz Cik Nurul cakap ok walaupun ada sedikit komen yang dia bagi. Beberapa hari selepas tu, aku dan coursemate yang lain pergilah hantar kalendar untuk dicetak. Kami ramai-ramai pergi kedai tue naik bas rapid.hehehe. bila tiba kat kedai tu ada masalah coz ada member yang buat kalendar menegak bukan melintang, so kedai tu tak da stand untuk menegak. Coursemate berkenaan kena edit semula.kesian kat dorang. Aku punya nasib baik buat melintang, kalu tak kena edit semula. Bayarannya sebanyak rm27.00 untuk satu kalendar dan boleh amik dalam masa 2 hari. Tak sabar jugak nak tengok hasil kalendar ciptaan sendiri.hehehe. selepas 2 hari kalendar ciptaan aku telah tercipta. Happy sangat dapat tengok kalendar ciptaan sendiri dan bagi aku cantiklah.hehehe. malam tue kami pun hantarlah kalendar tersebut untuk Dr. Normaliza tengok hasil ciptaan kami.

Kelas Tutorial-Tugasan 3

Masa mula2 aku dengar kena buat tugasan ini rasa takut sangat2..rase macam susah je..dan rasa macam aku tak boleh wat je…tapi itu semua hanya pada permulaannya sahaja…tapi bila dah siap aku rase website aku la yang paling comeyy kt dunia ni..huhu..(xpe bermegah dengan diri sendiri)
Masa dalam proses nak buat tu susah gak, memang xreti pape pun lagi.Masuk hari ke 3, ke 4..aku dah mula expert dah..huhu..bukan nak membangga diri..tapi memang betul dah pun…Sebenarnye memang agak susah jugak laaa nak buat website ni, tapi bila aku belajar, lama2 aku rase benda tu senang je….Cuma kita kena explore sendiri, itulah kata2 Cik Nurul yang telah pun kami hafal sehingga kini..huhu..betul juga katanya, kalau kita tak explore macam mana kita nak reti sesuatu..so, pandai2 la..aku pun bukannya reti sangat, belajar ngan member2 jugak..masing2 tolong-menlong..best jugak wat tugasan macam ni..Dahla meja komputer aku depan skali..nak tengok yang member2 lain pun susah, kalau tak reti terpaksa la aku panggil miReEyDora, kesian gak kat die, slalu je jadi kaunter pertanyaan aku.huhu..tapi tak pe…ilmu tak elok simpan sorang2..yea kan mira kan?hehee..

KelasTutorial-Tugasan 4

Tutorial yang terakhr kena buat blog. Buat blog ini best jugak. Ketika dan kalimat ini juga aku akan postkn dalam blog aku nanti. Aku tahu tak ayat ketika dan kalimati ni mesti lintang pukang. Bak kata dr. time anta projek.. awak beljar bahasa mesti lebih terer lagi saya..hehehe. maaflah dr. kalu ketika dan kalimat ini mementingkan dr. untuk baca.Tapi yang pasti subjek ni banyak memberi banyak pengalaman kepada aku. Harap-harap apa yang telah aku belajar dapat bagi input 1 ari nanti. Terima kasih dr. kerana sudi memberi ilmu dan pengalamn baru kepada saya. Dan terima kasih juga sudi menyelia projek saya. Hehehe.Kepada sesiapa yang baca ketika dan kalimat harap maaf di atas kesalahan bahasa yang digunakan dan mungkin akan membuat seseorang pening atau pengsan. Hehehe. Mata pun dah ngatuk sangat ini. Harap lain kali boleh sambung dan baiki ayat yang lebih baik.hehehe